Kudrat terhad mungkin paksa Federer tarik diri di Terbuka Perancis - Utusan Malaysia

Kudrat terhad mungkin paksa Federer tarik diri di Terbuka Perancis

ROGER Federer dipaksa berkerja keras ketika menentang Dominik Koepfer dari Jerman pada pusingan ketiga Terbuka Perancis hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Legenda tenis Switzerland, Roger Federer mempertimbangkan untuk menarik diri daripada Terbuka Perancis walaupun mara ke pusingan keempat pada ketika Novak Djokovic dan Rafael Nadal akan berdepan dua remaja Itali yang dilihat sebagai ‘pewaris’ Grand Slam.

Dua bulan sebelum sambutan hari lahirnya yang ke-40, juara 2009 itu yang mungkin beraksi di Roland Garros buat kali terakhir mencatat kemenangan sengit 7-6 (7/5), 6-7 (3/7), 7-6 (7/4), 7-5 ke atas pemain No, 59 dunia dari Jerman, Dominik Koepfer.

Federer yang menjalani dua pembedahan lutut tahun lalu dan hanya bermain dalam kejohanan ketiganya sejak Terbuka Australia 2020, dijadualkan bertemu Matteo Berrettini dari Itali esok.

“Saya tidak tahu sama ada saya akan bermain.

“Saya perlu memutuskan untuk terus bermain atau tidak. Apakah terlalu berisiko untuk terus memberi tekanan kepada lutut? Adakah waktu yang baik untuk berehat?,” katanya yang dipaksa mengharungi pertarungan sengit 3 jam 35 minit yang berakhir tepat sebelum pukul 12:45 pagi Ahad di Paris (6.45 pagi waktu Malaysia).

Pemilik 20 kejuaraan Grand Slam itu menegaskan, kejohanan tenis tertua di dunia, Wimbledon adalah keutamaannya tahun ini.

Federer mengejar gelaran kesembilan di All England Club yang akan bermula pada 28 Jun.

Dia juga dijadual untuk bermain dalam pertandingan pemanas badan di gelanggang rumput di Halle bermula pada 14 Jun, sehari selepas Terbuka Perancis berakhir.

AKSI Novak Djokovic ketika membalas pukulan Ricardas Berankis di pusingan ketiga hari ini.

Sementara itu, juara Terbuka Perancis 2016, Djokovic, 34, yang memburu gelaran Grand Slam ke-19 menyingkirkan pemain ranking 93 dunia dari Lithuania, Ricardas Berankis 6-1, 6-4, 6-1.

Bintang No. 1 dunia dari Serbia itu melangkah ke pusingan keempat untuk tahun ke-12 berturut-turut akan berdepan pemain berusia 19 tahun, Lorenzo Musetti esok.

Juara bertahan, Nadal pula mara ke pusingan keempat untuk kali ke-16 selepas mencatat kemenangan ke-103 di Paris. Kemenangan 6-3, 6-3, 6-3 ke atas Cameron Norrie dari Britain bakal menemukannya dengan remaja Itali, Jannik Sinner.

Jaguh Sepanyol itu yang baru menyambut hari lahir ke-35 pada 3 Jun lalu turun memburu kejuaraan Terbuka Perancis ke-14 dan Grand Slam ke-21. – AGENSI

RAFAEL Nadal meneruskan pemburuan kejuaraan Terbuka Perancis ke-14 selepas menyingkirkan Cameron Norrie dari Britain. – AFP
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya