SEVILLE: Kacper Kozlowski muncul pemain termuda Kejohanan Eropah (Euro) selepas dimasukkan ketika membantu Poland mengikat Sepanyol 1-1 di Stadium La Caturja awal pagi tadi.
Beraksi buat kelab di negaranya, Pogon Szczecin, pemain tengah berusia 17 tahun itu memecah rekod pemain England, Jude Bellingham yang 109 hari lebih tua daripadanya.
Bellingham yang turut bermain di posisi tengah masuk sebagai gantian kepada penyerang, Harry Kane pada 10 minit terakhir ketika England menewaskan Croatia 1-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan D, 13 Jun lalu.
Ketika itu, Bellingham berusia 17 tahun dan 345 hari memegang rekod pemain termuda mengatasi pertahanan Belanda, Jetro Williem yang menyertai Euro 2012 pada usia 18 tahun, 71 hari.
Bellingham yang dilahirkan di Stourbridge, United Kingdom menjadi pemain ketiga termuda England dalam penampilan sulungnya bersama skuad Three Lions. – AGENSI