Kisah cinta 3 segi De Bruyne, Courtois - Utusan Malaysia

Kisah cinta 3 segi De Bruyne, Courtois

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HUBUNGAN dua pemain kebangsaan Belgium, Kevin De Bruyne dan Thibaut Courtois, diketahui umum sempat renggang susulan cinta tiga segi.

Ia berlaku pada 2014, ketika De Bruyne masih bermain untuk Wolfsburg manakala Courtois menjalani tempoh pinjaman bersama Atletico Madrid.

Kisah itu bocor selepas Caroline Lijnen menceritakan kepada media Belgium bahawa dia pernah menjalin hubungan intim dengan Courtois ketika bergelar kekasih De Bruyne.

Bercakap kepada Bleacher Report, wanita itu mengakui bertemu Courtois ketika bertandang ke Madrid.

Lijnen memilih untuk memecahkan rahsia tersebut selepas berang dengan kisah versi De Bruyne yang dimuatkan dalam buku biografi bintang Manchester City itu.

“Saya menghormati semuanya, namun dalam buku Keep it Simple Kevin menulis mengenai hubungan saya dengan Thibaut. Saya memutuskan untuk membuka mulut.

“Pada musim panas 2012, Kevin terlebih dahulu menjalinkan hubungan dengan rakan baik saya. Sejak itu, hubungan kami tidak sama seperti dahulu.

“Dalam perjalanan ke Madrid, saya bertemu Thibaut dan mendapat layanan istimewa yang tidak pernah diberikan oleh Kevin (selama tiga tahun),” kata Lijnen.

Khabar angin berhubung kisah cinta tiga segi antara De Bruyne dengan Courtois mula dihidu media pada 2013.

 

Bagaimanapun, isu tersebut mula timbul selepas De Bruyne menyinggung Lijnen dalam autobiografinya berjudul Keep It Simple.

Meskipun sempat menarik perhatian umum, namun kisah cinta tiga segi itu tidak mempengaruhi status De Bruyne dan Courtois sebagai sebahagian tonggak Belgium.

Baik De Bruyne, 30, mahu pun Courtois, 29, bagaimanapun tidak berjodoh dengan Lijnen.

De Bruyne menemukan cinta senjati, Michele Lacroix pada 2014 sebelum berkahwin tiga tahun kemudian. Pasangan itu kini dikurniakan tiga orang anak, dua lelaki dan seorang perempuan.

Courtois pula memilih Marta Dominguez sebagai pasangan hidup pada 2015, namun hubungan mereka berakhir pada 2017 selepas dia ditangkap curang dengan jirannya yang sudah berkahwin, Elsa Izac.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya