Kenapa ramai pemain JDT dalam Harimau Malaya? Tanyalah Tan Cheng Hoe - TMJ - Utusan Malaysia

Kenapa ramai pemain JDT dalam Harimau Malaya? Tanyalah Tan Cheng Hoe – TMJ

TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kurang bersetuju dengan taktikal digunakan pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe yang menyenaraikan ramai pemain JDT dalam skuad kebangsaan.

Tunku Ismail dalam laman Instagram miliknya berkata, percaturan itu tidak dipersetujuinya kerana ia akan mendedahkan pemain Harimau Selatan dengan kecederaan apabila terlalu ramai beraksi dengan skuad kebangsaan.

“Tanya TCH (Tan Cheng Hoe). Saya pun tak tahu mengapa dia nak ambil ramai sangat pemain JDT. Saya tak setuju sebab majoriti ini player saya dan menambahkan risiko kecederaan kepada pemain-pemain saya.

“Banyak kali saya bertanya dengan beliau, saya pun nak lihat juga TCH ambil player daripada pasukan lain sebab saya juga nak tengok berapa jauh mereka boleh pergi,” katanya.

TUNKU Ismail menjawab soalan mengapa ramai pemain JDT dalam Harimau Malaya.

Dalam perlawanan menentang UAE kelmarin, Harimau Malaya yang dibarisi majoriti pemain JDT tewas 0-4 dengan beberapa pemain skuad Harimau Selatan itu dipersalahkan penyokong akibat persembahan yang kurang memuaskan.

Antara pemain yang menjadi sasaran kemarahan penyokong termasuklah pemain naturalisasi baharu, Guilherme de Paula dan Safawi Rasid.

Dalam pada itu, Tunku Ismail mengakui menyimpan hasrat untuk memancing pemain baharu skuad kebangsaan, Dion Cools untuk menyertai kelab juara Liga Super itu.

Bagaimanapun titah Tunku Mahkota Johor, masih terlalu awal untuk pemain berusia 25 tahun itu beraksi di liga ini sebaliknya adalah lebih baik untuknya bermain di kelab Eropah.

DION COOLS

Different level, good player. Perancangan untuk bawa ke JDT sudah lama tetapi itu terpulang kepada pemain tersebut, buat masa ini beliau masih muda dan lebih baik bermain di Eropah seberapa lama yang mampu,” katanya.

Nama pemain pertahanan yang bermain untuk kelab bola sepak FC Midtjylland di Belgium itu meniti di bibir peminat sukan tanah air selepas membuat kemunculan pertamanya bersama skuad Harimau Malaya, kelmarin.

Sementara itu, Tunku Ismail turut berkenan menjawab pertanyaan salah seorang pengikutnya yang bertanya siapakah pemain yang baginda mahu tandatangani untuk beraksi bersama JDT ketika ini.

Pemain pilihan Tunku Ismail adalah bintang Perancis yang kini beraksi untuk kelab Paris Saint-Germain (PSG) iaitu Kylian Mbappe.

Dalam perlawanan menentang UAE kelmarin, Harimau Malaya yang dibarisi majoriti pemain JDT tewas 0-4 dengan beberapa pemain skuad Harimau Selatan itu dipersalahkan penyokong akibat persembahan yang kurang memuaskan.

Antara pemain yang menjadi sasaran kemarahan penyokong termasuklah pemain naturalisasi baharu, Guilherme de Paula dan Safawi Rasid.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya