Keluarga harap Cheng Hoe cekal, bersemangat - Utusan Malaysia

Keluarga harap Cheng Hoe cekal, bersemangat

ABANG sulung Tan Cheng Hoe, Tan Cheng Hun, 62, (kiri) bersama adiknya, Tan Cheng San, 48, di sisi keranda mendiang bapa mereka, Tan Chooi Siak di Alor Setar hari ni.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe diharap cekal dan bersemangat untuk mengemudi skuad negara berdepan Vietnam dalam kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai awal pagi esok walaupun kehilangan bapanya, Tan Chooi Siak, 95, yang meninggal dunia, hari ini.

Mendiang Chooi Siak meninggal dunia di rumahnya di Taman Pelangi di sini kira-kira pukul 12 tengah hari.

Kakak ipar Cheng Hoe, Ooi Bee Leng, 57, berkata, seluruh ahli keluarga yakin Cheng Hoe mampu untuk terus melaksanakan tugas tersebut demi negara selepas menerima berita mengenai kematian bapanya.

“Ketika bapanya tenat, saya ada menghubungi Cheng Hoe dan dia meminta supaya bapanya dibawa ke salah sebuah hospital swasta dekat sini.

“Namun, Chooi Siak meninggal dunia di rumah selepas itu. Cheng Hoe jelas sedih apabila menerima berita itu tetapi dia tampak tenang dan kami yakin, dia mampu untuk terus mengendalikan skuad negara ketika ini,” katanya ketika ditemui di rumah mendiang di Taman Pelangi di sini hari ini.

Cheng Hoe merupakan anak keenam daripada lapan beradik.

TAN Cheng Hoe menggalas tugas besar membawa Harimau Malaya menentang Vietnam awal pagi esok.

Sementara itu, abang sulung Cheng Hoe, Tan Cheng Hun, 62, berkata, pemergian bapa mereka sememangnya sesuatu yang mengejutkan ketika Chooi Siak tidak langsung menunjukkan tanda-tanda sakit sebelum ini.

“Pagi ini, saya membawa bapa ke klinik selepas didapati kurang sihat, namun ketika menunggu giliran, keadaannya kelihatan kian lemah.

“Setelah dibawa pulang ke rumah, bapa meninggal dunia kira-kira pukul 12 tengah hari,” katanya.

Sementara itu, adik Cheng Hoe, Tan Cheng San, 48, pula berkata, bapanya itu sentiasa memberikan sokongan padu terhadap Cheng Hoe dalam meneruskan kariernya.

“Kalau Malaysia beraksi, bapa memang akan sentiasa menunggu di depan televisyen termasuk pada awal pagi.

“Jadi saya amat berharap Cheng Hoe dapat meneruskan tugasnya seperti biasa awal pagi ini dan membawa kejayaan kepada pasukan kebangsaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya