KBS umum inisiatif tambahan dalam masa terdekat - Utusan Malaysia

KBS umum inisiatif tambahan dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dijangka mengumumkan beberapa inisiatif tambahan kepada golongan belia dan sektor sukan dalam jangka masa terdekat.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican berkata, beberapa inisiatif dalaman itu adalah di bawah KBS sebagai rangkuman tambahan kepada pakej Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dan PEMERKASA.

Katanya, inisiatif itu juga dapat memberikan manfaat kepada golongan belia dan juga sektor sukan dalam jangka masa yang terdekat.

“Terima kasih dan penghargaan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pengumuman bantuan one-off sebanyak RM3,000 kepada operator dan pengusaha industri sukan.

“Ia adalah satu inisiatif yang akan memberikan nafas lega kepada operator dan pengusaha industri sukan diseluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai langsung kepada rakyat berjumlah RM10 bilion.

Menurut beliau, disamping bantuan langsung, kerajaan turut mengumumkan beberapa lagi inisiatif melalui PEMULIH yang boleh dimanfaatkan pengusaha industri sukan yang terjejas.

REEZAL MERICAN NAINA MERICAN

“Bantuan merangkamui, Geran Khas Prihatin 4.0 (GKP4.0) yang merangkumi RM1,000 bayaran tambahan untuk usahawan PKS mikro, Program Subsidi Upah 4.0 dengan RM600 setiap pekerja untuk tempoh empat bulan yang dapat menampung sehingga 500 pekerja setiap majikan, penangguhan bayaran balik untuk tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pembiayaan sehingga 36 bulan bagi usahawan MARA dan diskaun 30 peratus ke atas sewaan premis perniagaan MARA bagi tempoh lima bulan.

“Potongan khas cukai kepada pemilik-pemilik bangunan dan ruang perniagaan yang menawarkan pengurangan sewa sekurang-kurangnya 30 peratus, tambahan peruntukan Program Pembiayaan Mikrokredit sebanyak RM1.1 bilion untuk usahawan mikro dan moratorium enam bulan bagi peminjam individu B40, M40, T20 dan PKS yang terjejas dan diskaun bil elektrik 10 peratus kepada sektor ekonomi yang terjejas,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan juga menyenaraikan beberapa inisiatif dan bantuan yang dapat meringankan beban mereka yang masih baru memulakan kehidupan ketika negara sedang berhadapan dengan situasi yang mencabar ini.

“Justeru, semoga para belia dapat mengambil peluang dan manfaat yang diberikan oleh kerajaan melalui PEMULIH,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya