Reezal beri 30 jersi percuma buat 'ekor' Harimau Malaya - Utusan Malaysia

Reezal beri 30 jersi percuma buat ‘ekor’ Harimau Malaya

REEZAN Merican menunjukkan jersi yang boleh dimenangi peminat bertuah malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 30 jersi skuad kebangsaan akan dihadiahkan kepada pemain ke-12 yang kreatif dalam menghasilkan ‘laungan’ semangat buat skuad Harimau Malaya menjelang aksi menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) nanti.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, kata-kata semangat itu penting dalam usaha menyemarakkan lagi semangat dan sokongan terhadap skuad kendalian Tan Cheng Hoe.

“Nyatakan sokongan anda dalam ruangan komen di bawah. Saya akan hadiahkan jersi Harimau Malaya kepada 30 komen yang paling kreatif dan mendapat tanda suka yang paling banyak.

“Komen-komen yang bertuah hanya akan diambil kira sehingga wisel penamat pada perlawanan malam ini ditiup.

“Pemenang akan dihubungi dan dimaklumkan esok. Jangan lupa untuk kongsikan perkara ini bersama rakan anda.

“Jadi apa lagi? Jom bagi sokongan anda kepada skuad Harimau Malaya yang berjuang!” katanya menerusi Facebook, sebentar tadi.

Harimau Malaya bakal berdepan UAE dalam saingan Kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai pada pukul 12.45 tengah malam ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya