BUCHAREST: Beberapa hari sebelum pertemuan menentang Perancis, semua penjaga gol Switzerland menggunakan kaedah ‘pelik’ iaitu memakai kaca mata hitam khas sepanjang sesi latihan.
Biarpun cuaca mendung di Lausanne, namun Yann Sommer, Jonas Omlin, Yvon Mvog dan Gregor Kobel dipersiapkan seolah-olah untuk menghadapi perlawanan dalam cuaca cerah.
Cermin mata yang menggunakan kuasa bateri itu dikatakan dapat menghasilkan kesan gerak perlahan, sekali gus meningkatkan tahap jangkaan penjaga gol.
Ia direka oleh syarikat Jepun, VisionUp dan berharga lebih dari 350 pound (RM2,015) setiap satu.
Switzerland berjaya melakar sejarah dengan mengejutkan juara dunia, Perancis menerusi penentuan sepakan penalti 5-4 selepas perlawanan berkesudahan 3-3.
Sommer muncul wira pasukannya apabila menepis sepakan penalti yang diambil bintang Perancis, Kylian Mbappe.