LONDON: Juara perlumbaan basikal Giro d’Italia, Egan Bernal sedang menjalani proses kuarantin selepas disahkan menghidap Covid-19.
Dia yang juara juara Tour de France 2019 bersama teman wanitanya, Maria Fernanda Gutierrez melakukan ujian pengesanan Covid-19 sebelum berangkat ke Colombia dari Monaco sebelum disahkan positif.
“Dia menunjukkan beberapa simptom tetapi berada dalam keadaan sihat,” kata pasukannya Ineos Grenadiers dalam satu kenyataan.
Pelumba berusia 24 tahun itu akan menjalani kuarantin di Monaco, pangkalan latihannya sebelum pulang ke Colombia.
Kedua-dua mereka tidak menunjukkan sebarang komplikasi kesihatan lain.
Bernal merangkul kejuaraan Giro selepas mendominasi perlumbaan itu selama dua minggu dan menghalang Simon Yates dan Damiano Caruso daripada memintasnya dalam beberapa hari terakhir.
Dia menjadi tumpuan selepas menjadi juara Tour de France pada 2019 termasuk menewaskan rakan sepasukannya yang juga juara bertahan ketika itu, Geraint Thomas. -AFP