Jerman kalah? itu gila! - Klopp - Utusan Malaysia

Jerman kalah? itu gila! – Klopp

PEMAIN Jerman menjalani latihan di Herzogenaurach, Jerman semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp yang disebut-sebut sebagai calon menggantikan Joachim Loew sebagai jurulatih Die Mannschaft menegaskan, adalah ‘gila’ jika menganggap Jerman akan kalah kepada England pada pusingan 16 akhir esok.

“Untuk menafikan peluang Jerman sekarang, itu gila.

“Kami bermain baik menentang Perancis, Portugal, malah menguasai lawan lain sejak beberapa tahun lalu.

“Ya, kami bergelut dengan Hungary tapi tidak banyak perkara lain berlaku. Kadangkala sebagai sebuah pasukan, anda memerlukan lebih banyak perlawanan.

“Sekarang kami sudah bersedia melakukannya Selasa ini (3 pagi Rabu waktu Malaysia),” kata Klopp.

Sementara itu, Jerman yang berang tidak dibenarkan menguji padang Wembley sehari menjelang perlawanan turut berdepan detik meresahkan apabila Ilkay Gundogan dan Antonio Rudiger terlepas sesi latihan semalam.

Media Jerman sebelum itu menyelar badan bola sepak Eropah, UEFA sengaja bermain psikologi selepas tidak membenarkan mereka berlatih di Wembley kerana bimbang hujan lebat akan merosakkan rumput.

Tidak dapat menguji padang bagaimanapun bukan perkara yang membimbangkan Loew, sebaliknya situasi Gundogan dan Rudiger meresahkannya.

Gundogan, 30, yang beraksi dalam semua tiga perlawanan pertama lebam pangkal paha ketika seri 2-2 menentang Hungary dalam, Khamis lalu. Rudiger, 28, pula diketepikan dalam latihan akibat demam.

Bagaimanapun Rudiger sudah kembali menyertai latihan pasukan hari ini, dan itu berita yang sedikit melegakan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya