JDT sedia gempur Nagoya - Utusan Malaysia

JDT sedia gempur Nagoya

PEMAIN JDT menjalani sesi latihan di Bangkok semalam menjelang pertemuan menentang Nagoya Grampus Eight esok. - IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tugas sukar menanti Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila memulakan kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) esok dengan menentang gergasi Jepun, Nagoya Grampus Eight di Stadium Rajamangala, Bangkok.

Mengakui kehebatan yang dimiliki lawan, pengendali Harimau Selatan, Benjamin Mora berkata, kesilapan kecil dan sedikit kealpaan boleh menghukum pasukannya.

Katanya, Nagoya mempunyai  jentera serangan berbisa seperti Ryogo Yamasaki, Yuki Soma dan penyerang kelahiran Brazil, Gabriel Xavier yang mampu mengubah keputusan perlawanan.

Jelas pengendali kelahiran Mexico itu, Nagoya yang dikendalikan oleh jurulatih kelahiran Itali, Massimo Ficcadenti itu turut mempunyai benteng pertahanan yang ampuh dan sukar ditembusi.

Benjamin Mora (tengah) dalam sidang akhbar menjelang perlawanan hari ini.

Bagaimanapun, Mora enggan menyerah kalah sebelum bertarung, sebaliknya bertekad untuk memberikan tentangan sengit dan mengintai peluang untuk mendapatkan keputusan positif dalam kejohanan tersebut.

“Kita memulakan kempen ACL bertemu dengan pasukan cukup handal. Nagoya yang berada di posisi kedua liga domestik Jepun adalah sebuah pasukan yang teratur, matang dan tahu apa yang perlu dilakukan bagi menghukum pasukan lawan.

“Jadi, bermain menentang pasukan ini menuntut pemain memberikan aksi terbaik dari setiap sudut untuk menunjukkan kemampuan kami iaitu sebuah kelab kecil yang bercita-cita besar di pentas kejohanan yang bertaraf tinggi ini.

“Kejohanan ini amat penting buat kami dan para pemain berada dalam yang terbaik untuk beraksi pada perlawanan esok (malam ini). Siapa tahu kami mampu melakukan sesuatu yang luar biasa dalam pertandingan ini,” katanya hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya