JDT gugurkan Cabrera - Utusan Malaysia

JDT gugurkan Cabrera

GONZALO CABRERA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Gonzalo Cabrera digugurkan daripada skuad Harimau Selatan bagi mengharungi persaingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2021.

Ini adalah kali pertama pemain sayap kiri kelahiran Argentina itu tidak disenaraikan dalam skuad JDT bagi kejohanan antarabangsa sejak menyarung jersi pada 2018.

Ketua Jurulatih JDT, Benjamin Mora dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers memberitahu, tindakan itu bagi membolehkan mereka mendaftar Shane Lowry untuk memantapkan lagi bahagian pertahanan.

Mora berkata, pendaftaran Lowry dibuat memandangkan pemain baharu JDT, Shahrul Saad masih cedera dan sedang dalam proses pemulihan.

“Kami menantikan persaingan ACL 2021 dan telah menyenaraikan skuad setelah mengambil kira faktor kecederaan, kekuatan setiap bahagian dan juga kuota pemain import.

“Gonzalo Cabrera terpaksa diketepikan kerana hanya empat pemain luar negara dibenarkan dan kami ingin memantapkan bahagian pertahanan.

“Kami telah memilih Lowry dan bukannya Cabrera sebagai pemain import Asia kerana beliau dapat membantu Mauricio dos Santos di bahagian belakang,” katanya.

Biarpun Cabrera tidak disenaraikan, Mora memberitahu mereka tidak ketandusan pemain penyerang yang boleh beraksi di posisi tersebut.

Jelas Mora, JDT mempunyai banyak pilihan yang baik di bahagian sayap seperti Safawi Rasid, Arif Aiman Hanapi, Mohamadou Sumareh dan Ramadhan Saifullah.

Tambahnya, Leandro Velazquez telah dipilih untuk bahagian tengah kerana kami juga perlukan barisan tengah yang mantap.

“Persembahan Syafiq Ahmad dalam skuad kebangsaan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Ahmad Hazwan Bakri ketika latihan amat menggalakkan.

“Selain itu, jentera serangan JDT diperkuatkan dengan kemasukan Guilherme De Paula sebagai sokongan kepada Bergson Da Silva di bahagian hadapan,” ujarnya.

Tambahnya, JDT juga menyenaraikan beberapa pemain muda dari JDT II seperti Feroz Baharudin, Chia Ruo Han dan Firdaus Ramli kerana aksi memberangsangkan mereka ketika latihan dan pastinya mereka akan mendapat pengalaman yang berharga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya