ROME: Kejutan yang dijangkakan hadir daripada Turki tidak menjadi kenyataan, sebaliknya Itali memenuhi reputasi sebagai pasukan pilihan apabila menang 3-0 dalam aksi pembukaan hari ini.
Beraksi setahun lewat daripada jadual asal akibat pandemik Covid-19, skuad Azzurri tampak bersemangat ketika memulakan saingan Kumpulan A.
Kesemua gol hadir pada babak kedua perlawanan di Stadium Olimpico yang menyaksikan kehadiran suku penyokong daripada kapasiti penuh stadium.
Jaringan sendiri Merih Demiral meletakkan Itali di depan pada minit ke-53.
Dua bintang Azzurri, Ciro Immobile dan Lorenzo Insigne masing-masing meledak gol untuk melengkapkan kemenangan selesa skuad bimbingan Roberto Mancini.
Itali akan berdepan Switzerland dalam perlawanan kedua, Khamis depan manakala Turki bertemu Wales. – AGENSI