Isteri Eriksen sangka suami sudah meninggal - Utusan Malaysia

Isteri Eriksen sangka suami sudah meninggal

KASPER Kasper Schmeichel (kanan) dan Simon Kjaer menenangkan Sabrina Kvist Jensen selepas Christian Eriksen rebah semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COPENHAGEN: Bekas penjaga gol Denmark, Peter Schmeichel mendedahkan, isteri Christian Eriksen, Sabrina Kvist Jensen menyangka suaminya sudah meninggal dunia dalam insiden yang mengejutkan Euro 2020 apabila bintang Denmark itu tiba-tiba rebah kerana jantungnya terhenti semalam.

Legenda Denmark itu berkata, beberapa pemain terpaksa meyakinkan Sabrina, ibu kepada dua orang anak bahawa Eriksen, 29, masih bernafas ketika rebah dalam aksi menentang Finland.

Bercakap kepada program Five Live dalam BBC Radio, Schmeichel berkata, anaknya iaitu penjaga gol Denmark ketika ini, Kasper berulang kali cuba menenangkan isteri Eriksen sepanjang insiden itu, sambil menggambarkan apa yang berlaku sebagai ‘detik dua jam paling buruk buat saya dalam bola sepak’.

PEMAIN Denmark mengiringi Christian Eriksen ketika dia dibawa keluar dari padang oleh pasukan perubatan semalam. – AFP

“Kami sama sekali tiada maklumat tapi kami dapat lihat ia sangat serius melihat kepada reaksi para pemain.

“Ia berlaku tidak jauh dari tempat duduk di mana semua isteri pemain ditempatkan dan sudah tentu isteri Christian juga boleh nampak apa yang berlaku, dia terus masuk ke padang.

“Anda dapat lihat dari reaksi… anak saya Kasper berlari ke arahnya untuk meyakinkan dia Christian masih bernafas ketika dia benar-benar percaya bahawa suaminya telah meninggal dunia,” katanya.

Kasper dan ketua pasukan Denmark, Simon Kjaer biarpun turut bergelut dengan emosi sendiri, namun tidak henti-henti menenangkan Sabrina ketika insiden berlaku.

Sabrina, 28, amat terganggu dan tertekan selepas melihat pemain tengah itu rebah, sebelum doktor pasukan hari ini mengesahkan, Eriksen mengalami serangan jantung dalam perlawanan itu.

Belum ada laporan terperinci mengenai masalah jantung yang dialami Eriksen, namun pasukan memberitahu dia dalam keadaan stabil. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya