Grealish isi kesebelasan utama England - Utusan Malaysia

Grealish isi kesebelasan utama England

JACK GREALISH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jack Grealish bakal diturunkan dalam kesebelasan utama England buat kali pertama apabila menentang Republik Czech dalam saingan terakhir Kumpulan D Euro 2020 awal pagi nanti (3 pagi esok waktu Malaysia).

Pemain sayap Aston Villa itu menggantikan Mason Mount pada saat akhir selepas pengendali England, Gareth Southgate terpaksa menukar perancangan asal setelah Mount dan Ben Chilwell diarah menjalani kuarantin kendiri 10 hari.

Pertahanan tengah Manchester United, Harry Maguire juga dijangka membuat penampilan pertama sejak 9 Mei selepas pulih daripada kecederaan buku lali.

Biarpun kehilangan besar Mount dan Chilwell satu tamparan besar buat skuad Three Lions, namun penyokong England sememangnya berharap Grealish dapat memainkan peranan lebih besar bersama skuad kebangsaan.

Southgate juga mungkin menurunkan pemain remaja Arsenal, Bukayo Saka buat kali pertama dalam aksi di Wembley.

Mount dan Chilwell terlepas perlawanan menentang Czech kerana disenaraikan sebagai kontak rapat pemain Scotland, Billy Gilmour yang dijangkiti Covid-19 semalam.

Ketiga-tiga pemain yang merupakan rakan sepasukan di Chelsea dilihat berpelukan selepas tamat perlawanan England menentang Scotland, Sabtu lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya