BUCHAREST: Gol tunggal kemenangan Austria daripada pemain tengah, Christoph Baumgartner dalam babak pertama perlawanan menyelamatkan pasukan itu daripada berada pada kedudukan ketiga ketika menentang Ukraine .
Pemain tengah Hoffenheim itu memanfaatkan sepakan sudut daripada pemain pertahanan, David Alaba pada minit ke 21 menafikan cubaan Ukraine untuk mara ke 16 perlawanan akhir apabila tewas 1-0 di Stadium Bucharest.
Bagaimanapun, Baumgartner pada minit ke 33 terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan dan digantikan pemain posisi sama Alessandro Schopf.
Austria yang kekal berada di tempat kedua belakang Belanda bakal bertemu Itali di Stadium Wembley, London Sabtu ini (26 Jun) dalam aksi kedua peringkat kalah mati, malah kemaraan itu adalah kali pertama sejak Piala Dunia 1982.
Sementara rekod Ukraine pula tiga kali berturut-turut tersingkir dalam saingan peringkat kumpulan termasuk dalam dua siri kejohanan sebelum ini, bagaimanapun pasukan itu masih menanti jika terpilih sebagai empat terbaik yang berada di tempat ketiga.
Jurulatih Ukraine, Andriy Shevchenko sebelum ini memaklumkan pasukannya perlu memberi tumpuan untuk berada pada kedudukan seri dengan Austria bagi berada di tempat kedua dalam Kumpulan C dengan meraih 1 mata tambahan selepas menewaskan Macedonia Utara (2-1).
Sementara jurulatih Austria, Franco Foda dalam perlawanan dengan Ukraine tadi memanggil penyerangnya, Marko Arnautovic dan digantikan dengan pemain posisi sama, Sasa Kalajdzic.
Pemain Austria, Baumgartner dalam perlawanan tadi menewaskan pemain pertahanan muda Ukraine, Illia Zabarnyi dan berjaya menerobos gawang lawan walaupun ketika itu ditentang penjaga gol, Georgiy Bushchan
Ukraine kemudian cuba bangkit dan hampir menjaringkan gol penyamaan ketika pemain tengah Mykola Shaparenko mendapat bola daripada penjaga gol Austria, Danial Bachmann yang melantun ke arah penyerang, Andriy Yarmonlenko yang sebelum ini meledak dua gol ketika menentang Belanda.
Austria pula hampir membiarkan Ukraine mengikatnya apabila pemain pertahanannya tidak sengaja menanduk bola daripada sepakan percuma pemain tengah, Viktor Tsygankov ke arah gawangnya sendiri.
Justeru, Bachmann yang menyedari tindakan Tsygankov, dia pantas menangkap bola dan menyelamatkan Austria daripada terikat satu sama dengan Ukraine. – AFP