Gol Messi gagal hadiahkan Argentina kemenangan - Utusan Malaysia

Gol Messi gagal hadiahkan Argentina kemenangan

LIONEl Messi terjatuh ketika cuba melakukan tendangan dalam aksi Copa America menentang Chile di Stadium Nilton Santos, Rio de Janeiro hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO: Lionel Messi menyempurnakan sepakan percuma yang menarik, namun ia tidak mencukup untuk membantu kemenangan Argentina selepas pasukan itu sekadar seri 1-1 dengan Chile dalam aksi pembukaan Copa America hari ini.

‘Magis’ kaki kiri Messi membantu pasukannya menguasai permainan dan mendahului 1-0 pada babak pertama, namun Eduardo Vargas menyamakan kedudukan buat Chile selepas penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez terdahulu menyelamatkan sepakan penalti Arturo Vidal.

Biarpun menguasai perlawanan, Messi amat kecewa gagal mengutip tiga mata dan sejurus tamat perlawanan bintang Barcelona itu memberitahu media: “Kami tidak tenang dan gagal mengawal bola.”

Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni bagaimanapun mempunyai pandangan berbeza.

“Kami berhak menang tapi pada akhirnya seri. Ini adalah permulaan kepada kejohanan yang amat sukar,” kata Scaloni.

ARTURO Vidal dikasari oleh Nicolas Tagliafico (kanan) untuk sepakan penalti diberikan kepada Chile, namun dia gagal menyempurnakan tendangan.

Dalam perlawanan di Stadium Nelson Santos itu, Argentina yang menguasai permainan sejak awal membuka jaringan pada minit ke-33 selepas Messi melakukan rembatan bebas menarik dari dari jarak 22 meter.

Ketinggalan 0-1, Chile bermula garang pada abak kedua menerusi beberapa percubaan yang diselamatkan Martinez sebelum dihadiahkan sepakan penalti yang diambil Vidal selepas video bantuan pengadil (VAR) mendapati dia dikasari oleh Nicolas Tagliafico.

Martinez berjaya menepis tentangan bintang tengah Inter Milan itu, tetapi dia gagal menyelamatkan percubaan Vargas pada minit ke-57.

Argentina akan berdepan satu lagi tugas getir menentang Uruguay dalam aksi kedua Kumpulan A, Sabtu ini, manakala Chile bakal bertemu Bolivia pada hari yang sama. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya