Giliran Locatelli 'malukan' penaja Euro 2020 - Utusan Malaysia

Giliran Locatelli ‘malukan’ penaja Euro 2020

MANUEL Locatelli mengalihkan botol Coke di atas meja dalam sidang akhbar kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROME: Coca-Cola terus menerima tamparan hebat apabila Manuel Locatelli menjadi pemain terbaharu yang ‘menghina’ mereka sepanjang kempen Euro 2020 berlangsung.

Beberapa hari selepas Cristiano Ronaldo mencetus kontroversi apabila mengalihkan botol minuman Coke, semalam bintang muda Itali itu meniru tindakan penyerang Portugal tersebut dalam sidang akhbar.

Locatelli yang cemerlang meledak dua gol ketika membantu Itali membenam Switzerland 3-0 awal pagi tadi segera mencari botol air mineral untuk diletak di tengah meja dan mengenepikan minuman Coca-Cola.

Sambil meniru gaya Ronaldo, pemain tengah berusia 23 tahun itu berkata ‘Aqua atau ‘Acqua’ yang bermaksud air minuman! dalam bahasa Itali.

Locatelli menjadi pemain ketiga yang bertindak ‘menyinggung’ penaja dengan mengenepikan botol minuman mereka yang diletak di atas meja dalam sidang akhbar.

Situasi sama berlaku dalam sidang akhbar melibatkan Paul Pogba semalam. Bintang tengah Perancis itu yang beragama Islam mengalihkan botol bir Heineken.

Tindakan Ronaldo, yang amat mementingkan penjagaan kesihatan telah menyebabkan nilai pasaran Coca-Cola mengalami kerugian AS$4 bilion (RM16.4 bilion). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya