Gavin atlet terbaharu Malaysia layak ke Olimpik - Utusan Malaysia

Gavin atlet terbaharu Malaysia layak ke Olimpik

GAVIN GREEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain golf No. 1 negara, Gavin Green muncul atlet terbaharu berjaya meraih tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Gavin, 27, layak selepas menamatkan ranking golf Olimpik Persekutuan Golf Antarabangsa (IGF) di tangga ke-56.

Hanya pemain yang berkedudukan 60 terbaik pada ranking 21 Jun layak untuk beraksi dalam pertandingan yang akan diadakan di Kelab Golf Kasumigaseki dari 29 Julai hingga 1 Ogos.

“Saya sentiasa amat berbangga mewakili Malaysia dan saya melakukannya dari minggu ke minggu, setiap kali saya bermain dalam kejohanan.

“Olimpik adalah pentas yang besar dan ia lebih bermakna apabila anda bermain di bawah warna bendera negara.

“Jelas, saya mahukan podium. Tidak akan mudah tetapi saya pasti akan memberikan yang terbaik,” kata Gavin yang dipetik kepada ParGolf.

Dalam penampilan sulung di Brazil lima tahun lalu, Gavin menamatkan saingan di tangga ke-47.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya