LONDON: Puskas Arena di Budapest mungkin menjadi venue final Euro 2020 sekiranya badan bola sepak Eropah, UEFA terpaksa memindahkan saingan dari Wembley ekoran peraturan Covid-19 ketat yang dikenakan England.
Perlawanan akhir yang dijadual berlangsung pada 12 Julai bakal melibatkan kehadiran 2,500 pegawai kanan UEFA, wakil penaja, petugas penyiaran dan tetamu kenamaan. Di bawah peraturan kerajaan England mereka perlu dikuarantin se
Kabinet United Kingdom (UK) dilaporkan mengadakan perbincangan dengan UEFA untuk melihat keperluan memindahkan lokasi perlawanan akhir ke Budapest, Hungary atau melonggarkan peraturan berkaitan Covid-19.
Perdana Menteri, Boris Johnson berkata, Britain akan berbincang dengan UEFA dan mengambil langkah perlu, namun kepentingan kesihatan awam menjadi keutamaan.
Selain perlawanan akhir, Stadium Wembley di London juga menjadi venue untuk semua aksi separuh akhir pada 7 dan 8 Julai. – AGENSI