FIFA iktiraf 89 gol Mokhtar Dahari - Utusan Malaysia

FIFA iktiraf 89 gol Mokhtar Dahari

MOKHTAR Dahari menjadi penjaring gol kedua terbanyak selepas Cristiano Ronaldo (kanan) dan Ali Daei.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini mengesahkan kesemua 89 gol yang pernah diledak legenda negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari bersama Harimau Malaya, sekali gus meletakkannya sebagai penjaring kedua terbanyak dunia selepas Cristiano Ronaldo (Portugal) dan Ali Daei (Iran).

Mokhtar yang lebih dikenali sebagai ‘supermokh’ mengumpul 89 gol daripada 142 penampilan bersama skuad bola sepak negara sebelum meninggal dunia pada 11 Julai 1991 di usia 37 tahun.

Lima gol yang disempurnakan oleh Ronaldo dalam kempen Euro 2020 membolehkannya mengumpul 109 gol keseluruhan, menyamai rekod Ali.

Bagaimanapun Ali melakukan pencapaian itu dalam 149 penampilan, berbanding Ronaldo 177 penampilan.

Berdasarkan rekod yang dikeluarkan FIFA dalam Twitternya hari ini, Mokhtar berjaya memintas jaringan legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjaringkan 84 gol dalam 85 penampilan.

Itu bermakna, Allahyarham pernah memegang gelaran penjaring terbanyak dunia pada waktu itu, sebelum rekod berkenaan dipintas Ali yang memulakan koleksi 109 golnya pada 1993.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya