PARIS: Roger Federer menarik diri daripada tenis Terbuka Perancis menjelang perlawanan pusingan keempat menentang Matteo Berrettini hari ini.
“Setelah berbincang dengan pasukan saya dan memutuskan bahawa saya perlu menarik diri dari Roland Garros hari ini.
“Selepas menjalani dua pembedahan lutut dan melalui proses pemulihan lebih setahun, adalah penting untuk saya memberi perhatian terhadap tubuh dan memastikan saya tidak terlalu memaksa diri untuk bekerja dengan cepat.
“Saya gembira sempat mengharungi tiga perlawanan. Tiada perasaan yang lebih hebat selain kembali ke gelanggang,” kata jaguh Swizerland itu.
Penarikan diri Federer, 40, membolehkannya memberi tumpuan kepada misi memburu kejuaraan Wimbledon, kejohanan yang telah dimenangi lapan kali sepanjang kariernya.
Kejohanan tenis tertua dunia itu dijadual berlangsung pada 28 Jun hingga 1 Julai.
Semalam, Federer, juara Terbuka Perancis 2009 dan pemilik 20 gelaran Grand Slam dipaksa beraksi dalam pertarungan sukar empat set ketiga menyingkirkan pemain Jerman, Dominik Koepfer pada pusingan ketiga. – AGENSI