Faktor kepimpinan beza persembahan pemain di kelab, negara - TMJ - Utusan Malaysia

Faktor kepimpinan beza persembahan pemain di kelab, negara – TMJ

HARIMAU Malaya akan menentang Singapura dan Filipina dalam aksi persahabatan, hujung bulan ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan faktor kepimpinan adalah perkara utama yang mempengaruhi prestasi seseorang pemain bola sepak, khususnya di negara ini.

Tunku Ismail dalam laman sosial Instagram miliknya berkata, itu juga antara penyebab mengapa pemain bola sepak tidak menunjukkan prestasi sama ketika bermain untuk kelab dan bermain untuk pasukan negara.

Beliau  pada masa sama memberi contoh situasi yang berlaku dalam kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan skuad kebangsaan, Harimau Malaya.

“Mengapa pemain-pemain tak beri persembahan baik dalam pasukan kebangsaan dan (tetapi) memberi persembahan baik (semasa) bermain di kelab, contoh pemain JDT di kelab semua terbaik.

“Jawapannya adalah kepimpinan,” katanya dalam Instagram @hrhcrownprinceofjohor di sini, hari ini.

TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM

Kata pemilik JDT itu, antara buktinya adalah walaupun pasukannya telah merangkul 17 piala, namun pemain kelab itu tetap bermain seperti tidak pernah memenangi sebarang piala.

“Contoh selepas 17 piala, pemain JDT bermain setiap game seolah-olah mereka tidak pernah menang apa-apa. (Adakah) kesungguhan, disiplin dan fokus, bagaimana? Fakta (terhadap perkara sebenar adalah) kerana saya. Saya menuntut persembahan baik dan melaksanakan disiplin.

“Anda ingin tahu perkara pertama saya lakukan di JDT? Saya kawal semua akses pasukan daripada media, wartawan, companies and even player’s use of social media.

Total exclusivity, which allow the players to be more focus on their job,” tambah Tunku Ismail.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya