Euro berhenti letak botol Heineken depan pemain Islam - Utusan Malaysia

Euro berhenti letak botol Heineken depan pemain Islam

PAUL Pogba mengalihkan botol Heineken yang diletak di depannya dalam sidang akhbar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penganjur Euro 2020 akan berhenti meletakkan botol Heineken tanpa alkohol di depan pemain beragama Islam selepas Paul Pogba mengalihkan minuman penaja kejohanan itu minggu lalu.

Bintang Perancis dan Manchester United itu yang merupakan seorang Muslim yang taat, mengalihkan sebotol Heineken yang diletak di depannya dalam sidang akhbar selepas Les Bleus mengalahkan Jerman 1-0.

Menurut akhbar Britain, The Telegraph semua pasukan, pengurus dan pemain akan ditanya terlebih dulu apakah mereka keberatan untuk meminum Heineken 0.0 yang diletak di atas meja atas tuntutan agama.

Tindakan Pogba itu dilakukan hanya sehari selepas penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo bertindak mengalihkan botol minuman Coca-Cola yang berada di depannya ketika menghadiri sidang akhbar sebelum pertemuan menentang Hungary.

Tindakan Ronaldo, 36, yang amat mementingkan kesihatan, malah menjerit ‘aqua!’ atau minum air! menyebabkan nilai pasaran Coca-Cola mengalami kerugian sehingga AS$4 bilion (RM16.4 bilion).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya