England senaraikan Alexander-Arnold, Lingard digugurkan - Utusan Malaysia

England senaraikan Alexander-Arnold, Lingard digugurkan

TRENT Alexander-Arnold.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold mendapat tempat dalam skuad Euro 2020 England, manakala Jesse Lingard tidak tersenarai dalam barisan 26 pemain yang diumumkan oleh Gareth Southgate sebentar tadi.

Alexander-Arnold, 22, yang jarang mendapat kepercayaan Southgate sejak akhir-akhir ini, termasuk disisihkan daripada aksi kelayakan Piala Dunia 2022, Mac lalu akhirnya berjaya memikat jurulatih England itu.

Pertahanan kanan berusia 22 tahun tersebut akan menyertai skuad Three Lions yang bakal berjuang dalam kempen Euro bermula 11 Jun hingga 11 Julai.

Biarpun mempamer aksi baik sepanjang dipinjamkan kepada West Ham, termasuk meledak sembilan gol daripada 16 perlawanan, pemain sayap Manchester United, Lingaard, 28, gagal meyakinkan Southgate untuk berada dalam skuad England.

Turut digugurkan dalam daripada senarai akhir pasukan adalah penjaga gol Sheffield United, Aaron Ramsdale; pemain tengah Southampton, James Ward-Prowse, penyerang Aston Villa, Ollie Watkins serta dua bek tengah, Ben Godfrey (Everton) serta Ben White (Brighton).

JESSE Lingard gagal memikat jurulatih England.

Penyerang remaja United, Mason Greenwood pula terpaksa menarik diri akibat kecederaan.

“Saya fikir setiap pasukan akan berdepan kesukaran kerana kami memiliki ramai pemain berbakat di negara ini.

“Perkara paling sukar adalah tidak dapat membawa pemain yang bersama kami dalam perlawanan sebelum ini dan mereka benar-benar sangat profesional,” kata Southgate.

Alexander-Arnold bakal berdepan persaingan sengit untuk merebut posisi bek kanan selepas England menyenaraikan tiga lagi pemain mantap, Kyle Walker (Manchester City), Kieran Trippier (Atletico Madrid) dan Reece James (Chelsea).

Trippier membantu Atletico merangkul kejuaraan La Liga, manakala Walker watak penting yang membawa City muncul juara Liga Perdana Inggeris.

Permainan dinamik James pula membantu Chelsea menewaskan City 1-0 untuk merangkul kejuaraan Eropah, Sabtu lalu.

SKUAD ENGLAND

PENJAGA GOL
Jordan Pickford (Everton), Dean Henderson (Manchester United), Sam Johnstone (West Brom)

PERTAHANAN
Luke Shaw (Manchester United), Harry Maguire (Manchester United), Ben Chilwell (Chelsea), Reece James (Chelsea), John Stones (Manchester City), Kyle Walker (Manchester City), Tyrone Mings (Aston Villa), Conor Coady (Wolves) Kieran Trippier (Atletico Madrid/ESP), Trent Alexander-Arnold (Liverpool)

TENGAH
Declan Rice (West Ham), Jordan Henderson (Liverpool), Kalvin Phillips (Leeds), Mason Mount (Chelsea), Jude Bellingham (Borussia Dortmund/GER)

SERANGAN
Phil Foden (Manchester City), Raheem Sterling (Manchester City), Jack Grealish (Aston Villa), Harry Kane (Tottenham), Marcus Rashford (Manchester United), Jadon Sancho (Borussia Dortmund/GER), Dominic Calvert-Lewin (Everton), Bukayo Saka (Arsenal)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya