Elak mental 'koyak', tutup dulu media sosial - Utusan Malaysia

Elak mental ‘koyak’, tutup dulu media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tidak mahu fokus pemainnya terganggu menjelang dua lagi perlawanan penting menentang Vietnam dan Thailand, Tan Cheng Hoe menasihati anak-anak buahnya agar jangan melayani media sosial buat sementara waktu.

Kekalahan 0-4 Harimau Malaya kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Jumaat lalu mengundang kecaman peminat, bekas pemain dan pengikritik bola sepak tempatan.

Kata Cheng Hoe, beliau tidak mahu mental pemainnya ‘koyak’ menjelang pertemuan dengan Vietnam, Sabtu ini, diikuti Thailand pada Rabu depan.

“Nasihat saya kepada pemain, letak di tepi dulu media sosial, yang penting fokus untuk perlawanan akan datang kerana mungkin kata-kata negatif akan terus menjadikan moral seseorang pemain di tahap tidak baik.

“Jadi sebab itu kita perlu elakkan dan kita perlu fokus dalam keadaan positif tentang apa yang akan berlaku pada perlawanan menentang Vietnam,” katanya dalam sidang akhbar dalam talian di Dubai hari ini.

Penyerang naturalisasi, Guilherme De Paula menjadi sasaran utama kritikan selepas pemain kelahiran Brazil itu gagal memperagakan kualiti diharapkan daripada seorang bintang ‘import’.

Cheng Hoe bagaimanapun berkata, sebagai pemain profesional De Paula perlu mengatasi perkara itu dan bangkit dengan permainan lebih meyakinkan.

“Selepas tamat perlawanan itu, dia nampak sedih dan tertekan tetapi De Paula sudah lama main bola sepak dia tahu cara nak atasi perkara itu. Dia perlu cari balik keyakinan diri dan bangkit semula untuk perlawanan akan datang.

“Bukan De Paula dan Liridon (Liridon Krasniqi) saja yang patut kita salahkan, tetapi keseluruhan pasukan…kita tidak boleh menyalahkan seseorang pemain 100 peratus,” kata Cheng Hoe.

Menurut jurulatih itu, suasana kem skuad kebangsaan kembali ceria dengan barisan pemain menunjukkan reaksi positif dalam sesi latihan menjelang pertembungan menentang Vietnam di Stadium Al Maktoum, Dubai.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya