Ego Mbappe, kecederaan hantui Perancis - Utusan Malaysia

Ego Mbappe, kecederaan hantui Perancis

PENYERANG Perancis, Antoine Griezmann (dua dari kiri) dan Kylian Mbappe menjalani latihan di Stadium Nasional, Bucharest semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUCHAREST: Jika rekod menjadi ukuran, Perancis sepatutnya tidak berdepan masalah untuk mengatasi Switzerland kerana tidak pernah tewas kepada pasukan itu dalam empat pertemuan mereka pada kejohanan utama.

Kedua-dua pasukan bakal membuat penghitungan Stadium Nasional, Bucharest esok bagi merebut tiket suku akhir Euro 2020 dan ia perlawanan pertama mereka di peringkat kalah mati.

Biarpun Perancis turun selaku pilihan dengan reputasi juara Piala Dunia, namun krisis kecederaan dan isu luar padang Kylian Mbappe menjejaskan persiapan anak-anak buah Didier Deschamps.

Dua pemain sayap,Thomas Lemar dan Marcus Thuram masih menjalani proses pemulihan, manakala bek kiri Everton, Lucas Digne tidak cergas untuk diturunkan esok.

Memburukkan lagi keadaan, pemain yang sepatutnya menggantikan Digne, Lucas Hernandez turut mengalami kecederaan lutut.

“Paling membimbangkan adalah Digne. Dia mengalami kecederaan otot dan merasakan ada tarikan di belakang paha. Ini akan menjadi sangat sukar (untuknya meneruskan kempen Euro 2020),” kata Deschamps.

PEMAIN Perancis menjalani latihan akhir di Bucharest semalam menjelang pertemuan menentang Switzerland.

Beberapa jam sebelum perlawanan, Mbappe menerima ‘serangan’ daripada bekas rakan sepasukannya di Paris Saint-Germain (PSG), yang menyifatkan pemain itu ‘besar kepala’, tidak mampu dikawal oleh Deschamps dan punca Les Bleus gagal memperagakan aksi terbaik.

Jerome Rothen mendakwa, ego Mbappe punca dia bertelingkah dengan rakan sepasukan, Olivier Giroud dalam aksi persahabatan awal bulan ini.

“Tiada masalah jika dia mahu menjadi pemimpin di atas padang, tetapi dia sudah melangkaui batas di luar padang menyebabkan saya kurang senang.

“Saya rasa Didier Deschamps tidak mampu mengawalnya dan perkara itu mencetuskan masalah. Lebih mengejutkan apabila dia membenarkan Mbappe melakukan banyak perkara,” kata Rothen.

PEMAIN Switzerland berjanji akan memberi tentangan sengit kepada Perancis.

Sementara itu, pertahanan Switzerland, Ricardo Rodriguez mengakui, pasukannya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi berdepan Perancis, namun berusaha melakar kejutan.

“Kami harus bertahan dengan baik dan memanfaatkan peluang yang diperoleh sebaik mungkin.

“Perancis memiliki jentera serangan yang bagus dalam kejohanan ini menerusi gandingan Kylian Mbappe, Karim Benzema dan Antoine Griezmann. Kami perlu berhati-hati dan lebih agresif,” kata pertahanan Torino itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya