Denmark pintas Finland, Rusia berputih mata - Utusan Malaysia

Denmark pintas Finland, Rusia berputih mata

PASUKAN Denmark meraikan kemenangan menentang Rusia 4-1 di Stadium Copenhagen sekaligus memperbaiki kedudukan dalam Kumpulan B untuk mara ke pusingan kalah mati. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COPENHAGEN: Denmark memanfaatkan kelebihan sebagai tuan rumah dengan membenam Russia 4-1 sekaligus dapat memintas Finland untuk berada di belakang Belgium dan mengesahkan slot dalam 16 perlawanan terakhir.

Di Stadium Parken, Copenhagen, Denmark mendahului perlawanan dengan meledak gol permulaan pada minit ke 38 menerusi jaringan penyerangnya, Mikkel Damsgaard menerusi hantaran pemain tengah Pierre-Emile Hojbjerg.

Kemudian, pasukan itu meneruskan pesta gol dalam babak kedua apabila merobek gawang lawan pada minit ke 59 menerusi sepakan penyerang Yussuf Poulsen yang memintas bola daripada pemain tengah Rusia, Daler Kuzyaev tidak jauh daripada kotak penalti dan menewaskan penjaga gol Matvei Safonov.

Bagaimanapun, pada minit ke 70, pengadil dari Perancis, Clément Turpin menghadiahkan sepakan penalti kepada Rusia selepas pemain pertahanan Denmar, Jannik Vestergaard mengasari penyerang Rusia, Aleksandr Sobolev.

Namun, Denmark terus mengekalkan rentak dengan meledak gol ketiganya yang dijaringkan oleh Anders Christiansen pada minit ke 79 dan gol penghabisan pada minit ke 82 oleh Joakim Mæhle.

Sementara di Stadium Saint Petersburg, kebuntuan membelenggu pasukan Finland dan Belgium apabila masing-masing gagal menembusi kubu lawan bagi menjaringkan gol pada babak pertama.

TANDUKAN pemain pertahanan Belgium, Thomas Vermaelen membenam Finland dalam saingan terakhir Kumpulan B di Stadium Saint Petersburg. – AFP

Begitupun, kebuntuan itu berjaya dipecahkan apabila sepakan sudut yang diambil oleh pemain tengah skuad The Red Devils, Kevin De Bruyne menjadi dengan tandukan pemain pertahanan, Thomas Vermaelen pada minit ke 74 menewaskan penjaga gol, Lukas Hradecky.

Tujuh minit kemudian, Belgium berada pada kedudukan lebih selesa meninggalkan Finland apabila Romelu Lukaku menjaringkan gol penyudah menerusi hantaran daripada De Bruyne. Keputusan perlawanan menyaksikan Belgium menewaskan Finland 2-0.

Dalam aksi terakhir Kumpulan B, Belgium dan Denmark berjaya mengesahkan tempat di peringkat kalah mati dan masing-masing dijadualkan beraksi pada Sabtu dan Ahad ini di Amsterdam, Belanda dan Seville, Sepanyol. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya