Dembele lupakan Euro 2020 - Utusan Malaysia

Dembele lupakan Euro 2020

Ousmane Dembele dikeluarkan di hujung perlawanan ketika Perancis menentang Hungary, Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUDAPEST: Perancis kehilangan khidmat Ousmane Dembele untuk seluruh kempen Euro 2020 selepas pemain sayap Barcelona itu disahkan tidak sempat sembuh daripada kecederaan lutut, umum Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) hari ini.

Dembele, 24, mengalami kecederaan tersebut di hujung perlawanan ketika Perancis seri 1-1 dengan Hungary di Budapest, Sabtu lalu selepas dibawa masuk sebagai pemain gantian.

Keputusan ujian imbasan yang dijalankan semalam mendapati dia tidak mungkin sembuh sehingga kejohanan berakhir pada 12 Julai.

“Tempoh pemulihan tidak memungkinkan dia kekal bersama pasukan,” kata FFF dalam kenyataan tersebut.

Dembele masuk menggantikan Adrien Rabiot pada sasat akhir ketika Perancis mengalahkan Jerman 1-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan F, sebelum sekali lagi menggantikan Rabiot pada minit ke-57 menentang Hungary.

Peraturan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) hanya membenarkan penjaga gol diganti sepanjang kejohanan, itu bermakna Perancis tidak boleh memanggil pemain baharu bagi mengisi kekosongan Dembele. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya