MADRID: Barcelona bakal menerima ganti rugi 2.5 juta (RM14.42 juta) daripada badan bola sepak dunia, FIFA gara-gara bintang mereka Ousmane Dembele cedera ketika menggalas tugas bersama Perancis dalam Euro 2020.
Pemain berusia 24 tahun itu terpaksa melupakan seluruh kejohanan akibat kecederaan lutut kanan yang memerlukannya menjalani pembedahan dalam masa terdekat.
Barcelona dijangka terlepas khidmat pemain sayap itu kira-kira tiga hingga lima bulan, dan itu bermakna dia tidak boleh beraksi apabila musim baharu dibuka, Ogos nanti.
Kecederaan Dembele perkembangan buruk buat Barca, namun berita baiknya, gergasi bola sepak Sepanyol itu akan diberi pampasan mengikut Program Perlindungan FIFA yang diperbaharui pada 2019.
Menurut media Sepanyol, di bawah program berkenaan Barcelona akan dibayar 17,600 pound (RM102,000) dalam setiap 24 jam pemain itu tidak dapat diturunkan. – AGENSI