De Paula perlu ketuai serangan - Utusan Malaysia

De Paula perlu ketuai serangan

Guilherme de Paula antara tiga pemain naturalisasi yang menganggotai skuad Harimau Malaya ketika ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Guilherme De Paula perlu diturunkan dalam kesebelasan utama menentang Vietnam, manakala Luqman Hakim Shamsudin harus berada dalam ‘mod’ bersedia untuk dibawa masuk bila-bila masa jika Harimau Malaya mahu menukar rentak permainan menjadi lebih pantas apabila berdepan Vietnam esok.

Bekas penyerang kebangsaan, Hairuddin Omar mengakui, aksi De Paula ketika menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) agak buruk namun dia tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana selaku penyerang tunggal, dia tidak mendapat sokongan dari bahagian tengah.

Katanya, pemain kelahiran Brazil itu merupakan antara penyerang berkualiti serta kredibiliti yang baik dan sewajarnya diberikan peluang sekali lagi untuk membuktikan kemampuan sebenarnya bersama Harimau Malaya.

Dia juga berharap, Tan Cheng Hoe akan memberi peluang kepada Syafiq Ahmad untuk berada dalam kesebelasan utama selaku pemain tengah menyerang bagi membantu De Paula melakukan hantaran selain larian-larian pantas di bahagian serangan.

SYAFIQ Ahmad lebih layak diletak di bahagian tengah menyerang berbanding Liridon Krasniqi.

“Bagi saya De Paula ini tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana dia penyerang tunggal dan memerlukan sokongan daripada pemain tengah, berikan dia peluang sekali lagi untuk buktikan sesuatu dan pemain tengah perlu segera membantunya.

“Saya juga berharap, Syafiq akan diberikan peluang berada dalam kesebelasan utama berbanding Liridon (Krasniqi) kerana dia mampu melakukan larian bagi menarik pertahanan lawan berbanding Liridon yang lebih banyak mengharapkan bola sampai ke kakinya.

“Luqman pula ada potensi besar tetapi saya tidak rasa dia akan berada dalam kesebelasan utama tetapi dia boleh bertindak selaku pemain pembantu sekiranya jurulatih (Tan Cheng Hoe) ingin mengubah strategi permainan kerana dia memiliki kepantasan,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

LUQMAN Hakim Shamsudin memiliki kelajuan yang mampu merubah tempo permainan.

Dalam perkembangan sama, Hairuddin berkata, Harimau Malaya perlu mencipta peluang awal untuk mencari gol kerana Vietnam merupakan pasukan yang sangat bagus ketika menyerang selain memiliki pertahanan paling kebal dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 apabila hanya bolos satu gol sahaja.

“Saya menjangkakan Malaysia sukar untuk mendapat peluang jadi, pemain-pemain perlu memanfaatkan peluang daripada set piece seperti sepakan bebas dan sepakan penjuru.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya