Damok pastikan lagu Negaraku berkumandang di bumi Sepanyol - Utusan Malaysia

Damok pastikan lagu Negaraku berkumandang di bumi Sepanyol

Syarifuddin Azman melakar sejarah merangkul kejuaraan CEV Moto3 Remaja Dunia di Litar Catalunya semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lagu Negaraku berkumandang megah di bumi Sepanyol selepas Syarifuddin Azman melakar sejarah merangkul kejuaraan CEV Moto3 Remaja Dunia di Litar Catalunya hari ni.

Ini kali pertama pelumba Malaysia berjaya menguasai pentas CEV dan Syarifuddin atau lebih dikenali dengan julukan Damok memenanginya pada tahun kedua beraksi dalam kejuaraan tersebut.

Memulakan perlumbaan dari petak ke-10, pelumba Honda itu mempamer tunggangan hebat untuk melepasi garisan penamat selaku juara menerusi kepantasan 29 minit 32.553 saat.

“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kepada pasukan yang bekerja keras untuk perlumbaan minggu ini. Terima kasih juga kepada ketua kru, pengurus pasukan dan Datuk Razlan (Razali) yang hadir ke sini untuk memberi sokongan.

“Ia satu kejayaan yang menggembirakan terima kasih kepada mereka yang memberikan sokongan dan juga kepada keluarga,” kata pelumba berusia 20 tahun itu.

Tiga pelumba tuan rumah, David Munoz yang menunggang KTM, Jose Antonio Rueda (KTM) dan Daniel Holgado (Gasgas) masing-masing menamatkan saingan di tangga kedua, ketiga serta keempat.

Kemenangan itu membolehkan Damok menduduki tangga keenam keseluruhan dengan 30 mata selepas tiga pusingan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya