Copa America terima 'serangan' pertama Covid-19 - Utusan Malaysia

Copa America terima ‘serangan’ pertama Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRASILIA: Perkara yang paling dibimbangi penganjur Copa America akhirnya menjadi kenyataan apabila 12 anggota skuad Venezuela yang terdiri daripada pemain, pegawai dan kakitangan disahkan positif Covid-19.

Jabatan Kesihatan Brasilia dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan positif itu dimaklumkan oleh penganjur malam semalam iaitu tidak lama selepas pasukan Venezuela tiba di Brazil.

“Jabatan kesihatan dimaklumkan oleh CONMEBOL (Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan) bahawa 12 anggota delegasi bola sepak Venezuela, termasuk pemain dan jurulatih diuji positif Covid-19.

“Kesemua mereka tidak menunjukkan simptom dan diasingkan  dalam bilik hotel masing-masing di bawah pemantauan pasukan CONMEBOL serta  pegawai jabatan kesihatan,” kata mereka dalam satu kenyataan kepada AFP hari ini.

Kenyataan tersebut bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci berapa pemain yang dijangkiti virus berkenaan.

Jumaat lalu, CONMEBOL mengumumkan bahawa setiap pasukan dibenarkan membawa masuk pemain gantian tanpa sebarang had sekiranya terdapat anggota pasukan mereka dijangkiti Covid-19 kerana pembatalan perlawanan tidak dibenarkan.

Venezuela sepatutnya menentang Brazil dalam aksi pembukaan di Stadium Mane Garrincha esok (5 pagi Isnin waktu Malaysia), dan tidak dapat dipastikan apakah status pasukan itu ekoran perkembangan terbaharu ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya