Copa America catat 140 kes Covid-19 - Utusan Malaysia

Copa America catat 140 kes Covid-19

SEORANG petugas CONMEBOL melakukan kerja pembersihan dan menyah kuman menjelang perlawanan Uruguay menentang Chile di Pantanal Arena, Cuiaba, Brazil kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAO PAULO: Sebanyak 140 kes Covid-19 dikesan sepanjang Copa America berlangsung dari 13 Jun lalu sehingga semalam, naik berbanding 66 kes pada Khamis lalu.

Badan bola sepak Amerika Selatan, CONMEBOL dalam satu kenyataan hari ini berkata, 15,235 ujian telah dijalankan dan jumlah yang jangkitan keseluruhan yang dicatat adalah 0.9 peratus.

“Kebanyakan yang dijangkiti adalah pekerja, anggota pasukan dan kakitangan luar.

“Jika dibandingkan kes sebelumnya, angka jangkitan Covid-19 lebih rendah dan itu menunjukkan langkah pencegahan serta protokol kesihatan berfungsi seperti diharapkan,” kata kenyataan itu.

Pada Ahad lalu, Chile mengakui, beberapa pemainnya telah melanggar protokol Covid-19 kejohanan selepas mebawa pendandan rambut mengunjungi hotel pasukan di bandar Cuiaba di Brazil.

Persatuan Bola Sepak Chile dalam kenyataannya berkata, mereka ‘menyedari berlaku pelanggaran gelembung sukan skuad yang bertanding dalam Copa America dengan kehadiran tukang gunting rambut tanpa izin, biarpun ujian PCRnya negatif, namun dia tidak seharusnya mempunyai kontak dengan pemain’.

Chile bagaimanapun tidak menyatakan berapa ramai pemain yang terlibat tetapi memberitahu, kesemua mereka sudah dihukum.

Separuh daripada pasukan yang beraksi di Copa America telah mencatat kes Covid-19 iaitu Venezuela, Bolivia, Colombia, Peru dan Chile. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya