Cools kuatkan benteng Harimau Malaya - Utusan Malaysia

Cools kuatkan benteng Harimau Malaya

DION Cools diperkenalkan sebagai pemain ke-26 Malaysia oleh Hamidin Mohd. Ali hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Teka-teki mengenai kehadiran pemain ke-26 Harimau Malaysia akhir terjawab selepas pemain kacukan Malaysia-Belgium, Dion Cools diperkenalkan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin hari ini.

Kehadiran pemain berusia 25 tahun yang beraksi dalam Superliga Denmark bersama FC Midtylland adalah untuk menguatkan benteng skuad kebangsaan sepanjang kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Cools antara pemain Asia yang merasai pentas Liga Juara-Juara musim ini dan berdepan beberapa kelab terkemuka Asia seperti Liverpool, Ajax Amsterdam dan Atalanta.

Pengumuman kehadiran tonggak pertahanan kacukan Belgium-Malaysia itu dibuat oleh Hamidin  menerusi media sosial FAM hari ini.

“Alhamdulillah, pemain berdarah campuran Malaysia-Belgium, Dion Cools sudah bersama pasukan di Dubai, UAE, hari ini dan secara rasmi sah diumum sebagai pemain ke-26 dalam skuad Harimau Malaya.

“Ini berikutan selepas segala proses dokumentasi di peringkat Fifadan AFC, terutamanya berhubung status kelayakannya, pendaftaran dan lain-lain sudah selesai.

“Dengan kehadirannya, ia akan dapat memberi nilai tambah serta memperkasakan lagi pasukan Harimau Malaya.

“Harapan saya kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya penyokong setia Harimau Malaya, doakan pasukan kita ini untuk beroleh kejayaan. Amin,” kata Hamidin.

DION Cools mengawal penyerang Liverpool, Mohamed Salah ketika beraksi dalam Liga Juara-Juara.

Cools dilihat mampu mengukuhkan pertahanan negara sama ada di bahagian kanan atau tengah untuk digandingkan dengan kapten, Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Antara kelemahan terbesar pasukan negara adalah pertahanan rapuh apabila Malaysia dibolosi enam gol dalam dua aksi persahabatan ketika menentang Kuwait dan Bahrain.

Harimau Malaya tewas 1-4 dan 0-2 kepada Kuwait serta Bahrain. Skuad negara dijadual mengharungi kempen kelayakan bermula bertemu UAE sebelum turun menentang Vietnam dan Thailand, dengan masing-masing berlangsung awal pagi Jumaat ini, 12 Jun dan 16 Jun pada jam 12.30 pagi waktu Malaysia.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, proses penukaran status pasukan Cools dari Belgium ke Malaysia sebenarnya sudah berjalan lama selepas pemain itu sendiri menyatakan minat dan bersetuju memilih Malaysia sebagai negara ingin diwakilinya di peringkat senior.

Jelasnya, biarpun mewakili Belgium bagi skuad B-18, B-19 dan B-21 negara berkenaan, Cools masih layak menyarung jersi Harimau Malaya namun perlu mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Status Pemain FIFA dengan syarat tidak pernah beraksi bersama skuad senior kebangsaan Belgium.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya