Coman tinggalkan Les Bleus untuk bersama isteri - Utusan Malaysia

Coman tinggalkan Les Bleus untuk bersama isteri

KINGSLEY Coman (kiri) ketika menjalani latihan brsama skuad Perancis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUDAPEST: Kingsley Coman diberi kebenaran oleh Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) meninggalkan skuad Les Bleus yang sedang bersaing dalam Kejohanan Eropah (Euro) 2020 untuk bersama isterinya, Sabrina Duvad yang melahirkan anak semalam.

Keputusan itu disahkan oleh jurulatih, Didier Deschamps selepas FFF berbincang dengan badan bola sepak Eropah, UEFA mengenai prosedur Covid-19.

Coman, 25, yang dikaitkan dengan Manchester United hanya memanaskan bangku simpanan ketika Perancis menumpaskan Jerman 1-0 dalam perlawanan pertama, Selasa lalu.

“Selepas mendapatkan pandangan UEFA dan Didier Deschamps, mereka membenarkan Kingsley Coman untuk pulang bersama isterinya yang melahirkan anak.

“Semua langkah kesihatan berkaitan Covid-19 sudah diambil kerana ia amat penting sebelum kami boleh melepaskan Coman,” kata FFF dalam satu kenyataan.

Coman mungkin meninggalkan Bayern Munich sejurus saingan Euro 2020 berakhir selepas dilaporkan menolak tawaran lanjutan kontrak dengan gergasi bola sepak Jerman tersebut.

Juara Piala Dunia, Perancis akan menentang Hungary esok tanpa pemain sayap itu, dan kemenangan di Arena Puskas, Budapest bakal mengesahkan kemaraan mereka ke peringkat kalah mati. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya