Bye-bye Ronaldo dan rakan-rakan - Belgium - Utusan Malaysia

Bye-bye Ronaldo dan rakan-rakan – Belgium

REAKSI bintang Portugal, Cristiano Ronaldo (kanan) selepas pasukannya tewas kepada Belgium dalam saingan peringkat 16 terakhir Euro 2020 di Stadium La Cartuja, Seville, hari ini.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEVILLE: Gol tunggal daripada Thorgan Hazard sudah memadai untuk Belgium menunjukkan juara bertahan, Portugal jalan keluar menerusi keputusan 1-0 dalam saingan peringkat 16 terakhir Euro 2020, sebentar tadi.

Perlawanan di Stadium La Cartuja, Seville itu menyaksikan kedua-dua pasukan bermula dengan seimbang dan sangat berhati-hati.

Bagaimanapun, pemain tengah Borussia Dortmund, Hazard memecah kesunyian selepas rembatan dari jarak jauhnya berjaya merobek gawang gol Portugal pada minit ke-42.

Babak kedua menyaksikan Portugal melakukan serangan bertali arus namun tiada satu pun pemain skuad bimbingan Fernando Santos mampu mengatasi penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois.

Joao Felix, Ruben Dias dan Raphael Guerreiro kesemuanya membuat percubaan tepat, namun masih gagal menghasilkan gol, sekali gus tidak berupaya menghalang ‘takdir’ Portugal tersingkir di peringkat 16 terakhir.

Ia merupakan kemenangan pertama bagi pasukan No. 1 dunia, Belgium ke atas Portugal sejak September 1989, dengan menamatkan lima pertemuan tanpa menang menentang mereka (seri dua, kalah tiga).

Kemenangan tersebut menyaksikan skuad bimbingan Roberto Martinez menempah tiket ke suku akhir menentang Itali di Arena Allianz, Munich pada Jumaat ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya