Britain ‘rayu’ atletnya ambil vaksin - Utusan Malaysia

Britain ‘rayu’ atletnya ambil vaksin

SUKAN OLIMPIK akan berlangsung pada 23 Julai hingga 8 Ogos ini di Tokyo.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Persatuan Olimpik Britain (BOA) masih giat meyakinkan beberapa atlet mereka untuk mengambil suntikan vaksin sebelum beraksi di Sukan Olimpik 2020 Tokyo, bulan depan.

Ketua Eksekutif BOA, Andy Anson berkata, suntikan tersebut amat penting untuk atlet sebelum menyertai temasya tersebut yang akan membuka tirai pada 23 Julai ini.

“Kami sedang cuba meyakinkan mereka bahawa ia satu tindakan yang betul. Kami sedar, mereka berhak memilih (sama ada mahu mengambil vaksin atau sebaliknya).

“Kami perlu menghormati pilihan mereka. Bagaimanapun keputusan tersebut tidak semestinya bermanfaat,” kata Anson.

Pada awal bulan ini, BOA memaklumkan bahawa pihaknya berada di landasan tepat untuk memastikan kesemua atlet dan kakitangan mereka diberi vaksin sepenuhnya sebelum Olimpik.

Mengulas lanjut, Anson berkata, perkampungan atlet di Jepun pasti menjadi persekitaran paling sukar dalam dunia sukan pada masa kini.

“Kesemua yang terlibat perlu mengikut protokol yang ketat dan membina gelembung sukan separa kami sendiri dalam usaha mengekang penularan wabak ini,” katanya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya