Brazil teruskan rentak sempurna - Utusan Malaysia

Brazil teruskan rentak sempurna

EVERTON Ribeiro (kanan) meraikan jaringannya bersama Neymar ketika membantu Brazil membenam Peru 4-0 dalam aksi Copa America di Stadium Nilton Santos, Rio de Janeiro hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO: Tuan rumah, Brazil meneruskan rekod sempurna dalam Copa Amerca apabila jaringan Alex Sandro, Neymar, Everton Ribeiro dan Richarlison membolehkan mereka membenam Peru 4-0 hari ini.

Ini adalah kemenangan kesembilan berturut-turut buat skuad Selecao, dan yang kedua dalam saingan Copa, sekali gus meletakkan mereka di tangga teratas Kumpulan B dengan mengumpul enam mata maksimum.

Peru cuba memberi tentangan pada babak pertama, namun kualiti yang dimiliki Brazil membawa perbezaan ketara di separuh masa kedua terutama menerusi hantaran-hantaran yang diinspirasikan oleh Neymar.

Brazil hanya memerlukan 10 minit untuk melancarkan percubaan pertama ke gawang lawan, namun rembatan Fred sedikit tersasar.

Tuan rumah bagaimanapun berjaya mendahului 1-0, dua minit kemudian selepas Alex Sandro menyempurnakan tendangan jarak dekat yang berpunca dari hantaran Neymar kepada Gabriel Jesus sebelum disudahkan Sandro.

PENYERANG Brazil, Gabriel Jesus dikepung tiga pemain Peru dalam aksi Kumpulan G, Copa America di Stadium Nilton Santos, Rio de Janeiro hari ini. – AFP

Memasuki babak kedua, Brazil terus melancarkan serangan lebih banyak dari pelbagai sudut. Mereka pada mulanya menerima sepakan penalti pada minit ke-60 selepas Neymar dijatuhkan.

Bagaimanapun selepas merujuk kepada video bantuan pengadil (VAR), keputusan tersebut dibatalkan oleh pengadil dari Argentina, Patricio Loustau.

Situasi itu langsung tidak menjejaskan semangat Brazil, Neymar sebaliknya mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-68 selepas menewaskan penjaga gol, Pedro Gallese menerus rembatan rendah ke penjuru bawah gawang lawan.

Pemain gantian, Everton Ribeiro menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-89 selepas menerima hantaran Richarlison dari sebelah kiri.

Ketika permainan memasuki waktu kecederaan, Richarlison melengkapkan kemenangan 4-0.

Brazil kini akan menentang Colombia dalam aksi ketiga kumpulan, Khamis depan, manakala Peru yang menghuni tangga tercorot tanpa sebarang mata akan bertemu Colombia pada Isnin ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya