Benzema bikin Perancis cemas - Utusan Malaysia

Benzema bikin Perancis cemas

ANTOINE Griezmann (kiri) dan Paul Pogba melihat keadaan Karim Benzema yang mengalami kecederaan ketika menentang Bulgaria di Paris hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Perancis cemerlang dalam aksi pemanas badan terakhir menjelang Euro 2020 selepas membenam Bulgaria 3-0 hari ini, namun kemenangan itu dibayar dengan harga tinggi apabila Karim Benzema meninggalkan padang dalam kesakitan.

Bintang penyerang Real Madrid itu dikeluarkan pada minit ke-39 di Stade De France, hanya seminggu sebelum skuad Les Bleus membuka kempen Euro dengan menentang Jerman dalam aksi sulung Kumpulan F, Rabu depan.

Perancis juga akan berdepan juara bertahan, Portugal dan Hungary di depan penyokong di Arena Puskas di Budapest.

Benzema yang kembali dipanggil menyertai skuad Perancis selepas enam tahun mengalami kecederaan lutut untuk diganti dengan Olivier Giroud.

Giroud mempamer aksi cemerlang dengan meledak dua gol pada minit ke-83 dan 90 selepas tendangan akrobatik Antoine Griezmann terdahulu meletakkan Perancis di depan pada minit ke-29.

“Dia dikasari di lutut dan mungkin menyebabkan berlaku kecederaan tisu.

“Karim rasa tegang dan minta dikeluarkan. Pasukan perubatan akan merawatnya,” kata pengendali pasukan, Didier Deschamps kepada TF1. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya