AMSTERDAM: Belanda mengesahkan tempat di pusingan kalah mati kejohanan utama buat kali pertama dalam temppoh tujuh tahun selepas menundukkan Austria 2-0 dalam aksi Euro 2020.
Memphis Depay meletakkan Belanda di hadapan seawal minit ke-11 menerusi sepakan penalti sebelum Denzel Dumfries meledak jaringan kemenangan pada minit ke-67.
Skuad kendalian Frank de Boer hanya memerlukan satu mata lagi daripada aksi terakhir Kumpulan C menentang Macedonia Utara bagi menamatkan saingan selaku pendahulu kumpulan.
Macedonia Utara menjadi pasukan pertama tersingkir daripada kejohanan itu selepas tewas kepada Ukraine 2-1, semalam.-AFP