Belanda jumpa Ukraine tanpa De Ligt - Utusan Malaysia

Belanda jumpa Ukraine tanpa De Ligt

Matthijs de Ligt
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM: Belanda bakal membuka kempen Euro 2020 menentang Ukraine esok (3 pagi Isnin waktu Malaysia) tanpa pertahanan tengah, Matthijs de Ligt yang mengalami kecederaan pangkal paha, umum jurulatih Orange, Frank de Boer hari ini.

“Persaingan masih di peringkat awal, jadi kami tidak mahu mengambil risiko kerana kami masih ada dua perlawanan peringkat kumpulan untuk diharungi.

“Kecederaannya tidak terlalu serius dan kami yakin dia mampu kembali beraksi dalam perlawanan seterusnya,” kata De Boer.

Tonggak Juventus itu turut terlepas aksi pemanas badan terakhir Belanda ketika menewaskan Georgia 3-0 pada 6 Jun lalu.

Ketiadaannya adalah tamparan hebat buat pasukan yang sudahpun kehilangan kapten dan bek tengah berpengaruh, Virgil van Dijk yang diketepikan daripada skuad kali ini akibat kecederaan anterior cruciate ligament (ACL).

VIRGIL van Dijk (kiri) disisihkan daripada skuad sejak awal lagi akibat kecederaan ACL.

De Boer juga bakal memulakan kejohanan tanpa penjaga gol, Jasper Cillessen yang terpaksa digugurkan akibat positif Covid-19.

Maarten Stekelenburg, 38, anggota skuad Piala Dunia 2010 Belanda menjadi pilihan sebagai penjaga gawang utama Oranje, manakala Tim Krul, 33, bertindak sebagai pemain simpanan.

Belanda sebelum ini turut mengenepikan bintang tengah Manchester United, Donny van de Beek akibat kecederaan otot.

Skuad Oranje kembali di pentas kejohanan utama selepas ‘hilang’ dari radar Euro 2016 dan Piala Dunia 2018.

Anak-anak buah De Boer akan beraksi di tempat sendiri di Amsterdam dalam semua perlawanan Kumpulan C.

Selepas menentang Ukraine, mereka akan bertemu Austria pada 17 Jun, diikuti pasukan kerdil, Macedonia Utara pada 21 Jun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya