'Basuh' mentaliti pemain naturalisasi - Utusan Malaysia

‘Basuh’ mentaliti pemain naturalisasi

PEMAIN Harimau Malaya menjalani latihan di Dubai menjelang pertemuan menentang Vietnam, Sabtu depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bukan sekadar pilih pemain berdasarkan ­prestasi tapi pastikan mereka ada ‘jiwa’ Malaysia sebelum ­diserap dalam skuad kebangsaan.

Itu teguran jurulatih berpe­ngalaman, Mohd. Azraai Khor Abdullah yang kecewa melihat pemain ‘import’ Harimau Malaya bukan hanya gagal me­nyaingi pemain tempatan, malah tidak menunjukkan ke­sungguhan ketika tewas 0-4 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) kelmarin.

Kata Azraai, Guilherme de Paula dan Liridon Krasniqi memiliki kelebihan fizikal tapi tiada ‘mentaliti’ betul untuk menyarung jersi negara – sesuatu yang perlu diberi perhatian.

AZRAAI KHOR ABDULLAH

“Saya tidak nampak nak puji mereka ini macam mana sebab mereka ada kelebihan fizikal, ada pengalaman tetapi dalam perlawanan itu anak-anak jati Malaysia main jauh lebih baik.

“Tengok apabila Syafiq (Ahmad) masuk, dia main mati-mati nak tunjukkan semangat dia membawa nama Malaysia,” katanya kepada Mingguan Malaysia semalam.

Bekas pengendali Harimau Muda itu meminta pihak pe­ngurusan memperbaiki menta­liti pemain-pemain naturalisasi kerana Malaysia masih mempunyai baki dua perlawanan dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

“Penggunaan pemain natura­lisasi ini pernah dibuat oleh Jepun dahulu tetapi lepas itu dihentikan kerana mereka merasakan perkara ini tidak sesuai kerana anak jati negara itu lebih bagus.

“Saya minta kalau boleh, fokus dengan pembangunan akar umbi, hantar pasukan pemantau bagus-bagus untuk cari bakat-bakat muda di piala belia dan sebagainya,” katanya.

Harimau Malaya akan menentang Vietnam dalam perlawanan ketujuh Kumpulan G, Sabtu depan sebelum menutup kempen dengan bertemu Thailand pada 16 Jun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya