Bale, Ramsey mampu musnahkan Azzurri - Utusan Malaysia

Bale, Ramsey mampu musnahkan Azzurri

PEMAIN Wales, Ben Davies (kanan), Gareth Bale (tengah) dan Joe Rondon berehat seketika selepas menjalani latihan di Stadium Tofiq Behramov, Baku semalam dalam persiapan menghadapi Itali esok. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROME: Itali mungkin membatalkan hasrat untuk merehatkan beberapa tonggak dalam aksi terakhir Kumpulan A esok kerana bimbang gandingan Gareth Bale dan Aaron Ramsey mampu menghukum mereka apabila berdepan Wales.

Sudahpun mengesahkan tiket ke pusingan 16 akhir menerusi kemenangan 3-0 ke atas Turki dan Switzerland, jurulatih Azzurri, Roberto Mancini berkira-kira untuk merehatkan beberapa pemain utama bagi membolehkan mereka lebih segar menjelang perlawanan kalah mati, Ahad ini.

Begitupun, menyedari ancaman yang mampu diberikan oleh skuad The Dragons, mereka perlu terus bertenaga untuk mengekalkan rekod 10 perlawanan tanpa bolos.

Itali tidak pernah tewas sejak September 2018, dan Mancini mampu menyamai rekod 30 perlawanan tanpa kalah yang dipegang jurulatih, Vittorio Pozzo (di antara 1935 hingga 1939) jika menang ke atas Wales dan aksi pusingan 16 akhir menentang naib juara Kumpulan C.

PEMAIN Itali menjalani latihan di Acqua Acetosa, Rome semalam dalam persiapan menghadapi Wales hari ini. – AFP

“Wales pasukan yang mampu memberi tentangan hebat. Mereka ada beberapa pemain yang amat berpengaruh dan beraksi di peringkat tertinggi, diketuai Gareth Bale.

“Ramsey juga pemain yang mampu membawa perbezaan. Dia sangat bijak, hebat secara teknikal. Kedua-dua pemain ini adalah ancaman terbesar Itali,” kata penyerang Itali, Federico Chiesa.

Selepas seri 1-1 dengan Switzerland dalam aksi pembukaan, Wales menewaskan Turki 2-0 pada perlawanan kedua untuk menduduki tangga kedua Kumpulan A menerusi empat mata.

Sementara itu, Switzerland masih memasang misi untuk muncul dua pasukan terbaik Kumpulan A dengan mengharapkan Wales tewas kepada Itali dan mereka pula menumpaskan Turki dalam aksi serentak esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya