'Arkitek' Belgium boleh beraksi di Euro - Utusan Malaysia

‘Arkitek’ Belgium boleh beraksi di Euro

KEVIN de Bruyne ketika mengalami kecederaan dalam final Liga Juara-Juara menentang Chelsea, 30 Mei lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSEL: Belgium menerima perkhabaran baik menjelang Euro 2020 selepas perancang utama Manchester City, Kevin de Bruyne disahkan cergas dan boleh beraksi dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B menentang Rusia, 13 Jun ini.

Pengendali pasukan, Roberto Martínez percaya, pemain berusia 30 tahun itu bersedia untuk mengharungi kempen kejohanan Eropabh tersebut biarpun retak tulang hidup ketika beraksi buat pasukannya dalam final Liga Juara-Juara menentang Chelsea, 30 Mei lalu.

Katanya, berdasarkan laporan perubatan, De Bruyne disahkan cergas selepas menjalani pembedahan kecil berhubung kecederaan yang dialaminya itu.

“Kami yakin De Bruyne dapat menyertai sesi latihan pasukan bermula Isnin dan melakukan persiapan menjelang aksi pembukaan menentang Rusia.

“Selepas meneliti laporan perubatan, kami juga mendapati De Bruyne tidak berdepan masalah untuk menyertai pasukan dan ia nyata berita yang menggembirakan pasukan,” kata Martinez.

De Bruyne retak tulang hidung dan mengalami kecederaan di mata selepas berlaga dengan pemain Chelsea, Antonio Rudiger dalam perlawanan akhir kelab elit Eropah yang menyaksikan pasukannya tewas 0-1.

Kata Martinez, Bruyne begitu bersemangat dan sudah tidak sabar untuk membantu Belgium melangkah jauh dalam kempen Euro kali ini.

“Dia seorang pemain yang bagus dan begitu bersemangat untuk kembali beraksi di padang bersama rakan-rakan sepasukannya, lagi pun kecederaan yang dialami tidak memerlukan kelengkapan perlindungan ketika bermain,” katanya.

Turun sebagai pasukan No. 1 dunia, skuad Red Devils menjadi pilihan untuk menjuarai Kumpulan B yang turut dibarisi Rusia, Denmark dan Finland. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya