Ancelotti tinggalkan Everton kembali ke Real Madrid - Utusan Malaysia

Ancelotti tinggalkan Everton kembali ke Real Madrid

CARLO ANCELOTTI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Carlo Ancelotti meninggalkan Everton untuk kembali membimbing Real Madrid.

Real hari ni mengumumkan kepulangan Ancelotti sehari selepas jurulatih itu mengejutkan Everton dengan memberitahu kelab Liga Perdana Inggeris itu dia mahu berundur.

Ancelotti, 61, menandatangani kontrak tiga tahun untuk menggantikan Zinedine Zidane.

Dia yang memenangi Liga Juara-Juara bersama Real ketika kali pertama membimbing kelab itu dari 2013 hingga 2015 akan menandatangani kontraknya hari ini.

Real tidak menunggu lama untuk mencari pengganti Zidane, yang menamatkan era keduanya sebagai pengendali Khamis lalu.

Ancelotti akan kembali bergabung dengan presiden kelab, Florentino Perez yang menyingkirkannya pada 2015, hanya setahun selepas menghadiahkan gelaran Liga Juara-Juara ke-10 untuk mereka.

Dia mempunyai kontrak sehingga 2024 bersama Everton, tetapi pengendali dari Itali itu, yang isterinya berasal dari Sepanyol berkata, dia lebih menikmati kehidupan di kota Madrid.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua ahli lembaga pengarah, pemain dan peminat Everton atas sokongan hebat anda sepanjang saya bersama kelab ini.

“Saya amat menghormati semua orang yang terlibat dengan Everton dan mendoakan mereka dapat mencapai sesuatu yang istimewa nanti,” kata Ancelotti dalam satu kenyataan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya