Ziyad berkorban demi negara - Utusan Malaysia

Ziyad berkorban demi negara

ZIYAD ZOLKEFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli mengambil keputusan meninggalkan keluarga demi menjalani latihan secara kuarantin di Majlis Sukan Negara (MSN) dalam misi memburu pingat emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Selain tidak dibenarkan keluar dari MSN, dia juga kembali menyambung latihan seawal hari raya kedua kerana mahu melakukan persiapan rapi ekoran temasya sukan terulung itu akan bermula kurang tiga bulan lagi.

“Tahun ini saya berjuang untuk satu pingat emas, tidak mengapa, saya korbankan raya saya bersama keluarga.

“Memang tidak dinafikan perasaan rindu dan sedih itu kerana semua sedia maklum bahawa raya itu satu hari yang menggembirakan tapi tak mengapa, situasi macam ini pun bukan selalu (kuarantin).

“Bagi saya tiada masalah sebab bukan selalu dapat merasai perasaan macam ini, jadi ada benda nak bercerita nanti dengan orang lain,” katanya yang beraksi dalam acara lontar peluru.

Muhammad Ziyad merupakan pemegang dunia para dengan balingan sejauh 17.29m ketika Kejohanan Para Dunia di London pada 2017, mengatasi rekod 16.84m ketika memenangi pingat emas di Sukan Paralimpik Rio 2016.

Bagaimanapun, rekod kebangsaan kekal milik bekas atlet negara, Adi Alifuddin Hussin yang melakukan lontaran 17.54 m pada Sukan SEA Palembang 2011.

Kapsyen
Muhammad Ziyad terpaksa meninggalkan keluarganya demi meneruskan misi memburu pingat emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya