Zidane tinggalkan Real Madrid - Utusan Malaysia

Zidane tinggalkan Real Madrid

ZINEDINE ZIDANE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Zinedine Zidane meletak jawatan sebagai pengurus Real Madrid hari ini berkuatkuasa serta merta, lapor media Sepanyol.

Ini kali kedua legenda bola sepak Perancis itu meletak jawatan sebagai pengendali Los Blancos selepas turut berbuat demikian sejurus selepas menjulang kejuaraan Eropah 2018.

Masa depan Zidane, 49, sebelum itu menjadi tanda tanya ekoran kegagalan Real menutup kempen tanpa sebarang trofi, dan dia akhirnya mengambil keputusan untuk menentukan masa depannya sendiri.

Real gagal mempertahankan kejuaraan La Liga selepas tewas dua mata kepada Atletico Madrid pada hari terakhir.

Zidane kembali ke kelab pada 2019 selepas penggantinya, Julen Lopetegui dan Santiago Solari gagal membawa Real ke tahap yang dimahukan.

Kepulangannya dua tahun lalu membantu mereka muncul juara La Liga selepas mengenepikan musuh ketat, Barcelona.

Bagaimanapun pada musim 2020/2021, Real buat kali pertama dalam tempoh lebih sedekad gagal menjulang sebarang trofi.

Selain kalah kepada Atletico dalam perebutan gelaran La Liga, mereka juga ditunjukkan jalan keluar oleh Chelsea pada separuh akhir Liga Juara-Juara, selain dimalukan kelab divisyen bawahan, CD Alcoyano dalam Copa del Rey.

Tiga nama kini disebut-sebut sebagai calon pengganti Zidane diketuai jurulatih berpengalaman Itali, Antonio Conte yang meninggalkan Inter Milan semalam tidak lama selepas membawa mereka muncul juara Serie A buat kali pertama dalam tempoh 11 tahun.

Turut berada dalam senarai adalah bekas jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri dan legenda Real serta Sepanyol, Raul Gonzalez. Allegri  bagaimanapun menjadi calon pilihan untuk menggantikan Conte di Inter. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya