Zidane sah tinggalkan Real Madrid - Utusan Malaysia

Zidane sah tinggalkan Real Madrid

ZINEDINE ZIDANE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Real ­Madrid hari ini mengesahkan Zinedine Zidane meletak jawatan sebagai pe­ngurus pasukan selepas Los Blancos menutup musim tanpa trofi buat kali pertama dalam tempoh 11 tahun.

Real dalam satu kenya­taan mengesahkan, Zidane, 49, berundur serta merta dan menghormati keputusan ­legenda Perancis itu.

“Tiba masa untuk menghormati keputusan yang dibuatnya dan menunjukkan penghargaan terhadap tahap profesional, dedikasi dan ke­sungguhan Zidane sejak bertahun lama.

“Beliau seorang daripada yang terhebat di Real Madrid dan status legenda dimiliki melebihi peranannya sebagai jurulatih serta pemain di kelab kami,” kata Real Madrid dalam satu kenyataan.

Ini kali kedua Zidane berbuat demikian selepas me­ninggalkan Real sejurus membantu mereka menjulang kejuaraan Eropah 2018.

Real gagal mempertahankan kejuaraan La Liga selepas tewas dua mata kepada Atletico Madrid pada hari terakhir.

Zidane kembali ke kelab pada 2019 dan kepulangannya membantu mereka muncul juara La Liga 2018/2019.

Bagaimanapun musim ini, Real bukan saja gagal menjulang trofi malah dimalukan oleh kelab divisyen bawahan, CD Alcoyano dalam Copa del Rey. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya