Zarif isi slot Haziq - Utusan Malaysia

Zarif isi slot Haziq

ZARIF Syahiir Zolkepeli akan mengisi kekosongan Haziq Kamaruddin dalam kelayakan Sukan Olimpik Tokyo di Paris bulan depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemanah muda negara, Zarif Syahiir Zolkepeli dipilih untuk mengisi kekosongan Allahyarham Haziq Kamaruddin bagi mengharungi kelayakan Sukan Olimpik 2020 Tokyo, bulan depan.

Menurut Presiden Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM), Datuk Abdul Hamid Hasan  keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan bersama jurulatih kebangsaan, Lee Jae-Hyung dan Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil hari ini.

“Ya, betul (Zarif akan menggantikan tempat Haziq). Dia akan bersama Khairul Anuar Mohamad dan Akmal Nor Hasrin bagi mengharungi kempen Piala Asia di Gwangju, Korea Selatan pada 4 hingga 15 Jun.

“Trio tersebut juga akan bersaing dalam kelayakan Olimpik terakhir di Paris pada 18 hingga 20 Jun. Selepas itu, mereka bersama Bryson Ting mewakili negara ke Piala Dunia Peringkat Ketiga di Paris pada 22 hingga 28 Jun.

“Setakat ini hanya Khairul Anuar sudah layak ke Olimpik Tokyo (menerusi acara individu) dan akan berlepas ke sana sama ada 15 atau 16 Julai ini. Siapa yang akan mengiringi Khairul Anuar ke Tokyo bergantung kepada kelayakan akhir nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Jumaat lalu, warga sukan tanah air dikejutkan dengan kematian Haziq pada usia 27 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya